Wednesday, April 13, 2011

Besi BS & CQ

Projek: Salor, Kelantan (1 Unit Bungalow, 1 tingkat)

Mari mengenal jenis besi.

Ada 2 jenis besi digunakan semasa projek di salor.
1. BS
2. CQ






anda boleh lihat berbezaan nya dari segi warna besi tersebut. besi QS berwarna lebih kelabu sedangkan besi BS pada asalnya mmg warna mcm tu. tp cepat karat sikit. dari segi size, kalau kita order 9mm diameter, QS akan lebih kecil. lebih kurang 8.6mm. sedangkan BS tetap 9mm diameter. besi BS lebih panjang daripada CQ. besi CQ akan pendek lebih kurang 1kaki.

selain itu, BS lebih keras dan kuat berbanding dgn CQ. besi CQ muda dibengkok kan. tapi dari segi harga, BS lebih mahal CQ. ketahanan, BS menandingi CQ. utk tempat2 yg kritikal, BS harus digunakan bagi mengelakkan apa2 yg tak ingin berlaku pada structure.

#8

Projek: Salor, Kelantan (1 unit bungalow 1 tingkat).

Pekerja:
5 orang.

Aktiviti:
1. Footing utk tiang luar dapur.
2. Ikat bata (bricks).
3. Siap kan formwork utk roofbeam.

Utk footing, tanah digali sedalam 6 kali (sehingga jumpa tanah asal).

Ikat bata (bricks):
Maximum 1 keluasan utk ikat bata ialah 10kaki lebar. kalau melebihi 10kaki, perlu ada tiang kat tengah2. ini bertujuan untuk pegangkan bata2 tersebut. kalau takde tiang, bata2 tersebut tak ada tempat pegang dan berkemungkinan boleh runtuh (kalau diberi tekanan).



tapi, boleh memadai kalau beam atas men-support utk pegang bata2 tersebut. tp sedikit berisiko jugalah.

Monday, April 11, 2011

#5

Projek: Nilam Puri, Kelantan (1 unit bungalow, 1 tingkat)

Pekerja:
1 driver tractor
8 lori driver pasir

Aktiviti:
1. Timbun pasir.
2. Tractor akan levelkan tanah.

Setelah tapak dibersihkan, kini masanya utk timbun pasir. Untuk timbun pasir di tapak Nilam Puri, dianggarkan sebanyak 40 lori pasir(1 lori, 2 buckets) utk penuhkannya.

Tractor dah ada kat tapak sejak 830am. tapi lori pasir masih tak dtg lg. 1115am baru lori2 tersebut sampai.

Aktiviti penimbunan pasir dilakukan. kerana hari mendung belah pagi, jd tanah yg semalamnya lembab, menyukarkan lori utk jatuhkan pasir di dlm tapak. aktiviti tolak menolak antara lori dan tractor sering dilakukan (sbb lori tersekat).

Pasir ambil di Putih Kilau Enterprise, Ketereh. harga sebelum diskaun, RM65 per lori. sbb kita ambil byk, mungkin boleh nego sikit. hehehe.

Semasa berada di tapak, beberapa pengalaman pemandu lori dikongsikan bersama. antaranya ialah, tips semasa lori tuangkan pasir ke tanah, duit "minum", perlunya politik dan sebagainya.

Semasa lori tuangkan pasir, posisi lori tersebut kenalah berada dlm keadaan yg stabil. kita juga tak dibenarkan utk berada rapat di sebelah lori. ini kerana misalkata kalau semasa lori tersebut tuangkan pasir ke tanah, dan berada keadaan tidak stabil, dan lori tu jatuh. masa tu pulak, kita ada kat sebelah lori. akibatnya mmg kena himpap lah. ajal kita tak tau bilanya. jd, utk keselamatan, kita kenalah berada jauh dari lori semasa lori tuangkan benda kat belakang dia tu.

Duit minum. selalu nya, driver tractor akan minta "duit minum" kalau dia berkerja selepas tamat waktu kerja (5pm). "duit minum" ni adalah semacam duit OT dia tp daripada kita, bukan dari bos. kalau kita tak biasa, kita tanya dia nak berapa. selalu nya harga OT 1 jam ialah RM10-15. dlm situasi hari ni, RM30 "duit minum" telah diberikan pada driver tractor tu.

Politik. kita hidup mmg kena berpolitik. lagi2 berkaitan dgn orang lain. politik mmg satu keperluan. kita perlu buat baik dgn orang supaya nanti esok hari senang kita utk berkerja. nak minta bantuan dari org lain, senang. nak berpolitik dgn orang, senang je. caranya buat baik dgn org. apalah sgt utk belanja minum2 lepas kerja. kan?

akhirnya, penimbunan pasir tersebut tidaklah hanya 40lori utk penuhkan tapak tu. 10lori ditambah utk mencukupi timbun tapak yg seluas lebih kurang 5500kaki per segi dan ketebalan lebih kurang 1.5kaki.

kerja2 penimbunan habis pada pukul 630pm.

Sunday, April 10, 2011

#4

Projek: 1 Unit Bungalow 1 tingkat, Nilam Puri, Kelantan.

Perkerja:
1 tukang potong rumput.

Aktiviti:
Kemas tapak - Potong rumput, alihkan sampah2 utk timbun pasir.

Material yg tidak boleh berada di bawah timbunan pasir:
1. kayu
2. plastik
3. kertas/sampah sarap/rumput2

Kenapa material2 ni tidak boleh berada di dalam timbunan tanah/pasir?
Bila material2 ni berada di dalam timbunan tanah/pasir, dia akan menjadikan 1 layer utk "belum lupus" lagi. ia akan menjadi seperti gambar rajah di bawah.



pada masa dia dah lupus (mungkin 10 tahun atau bila2), dia akan berlaku pemendapan. bayangkan kalau layer "sampah" tu dah jd hancur. pasti dia tidak kuat utk menampung beban di layer atas. jd segala kat atas tu, akan mendap ke bawah. di sini, boleh terjadi mcm2 perkara. antara kesannya, keretakan struktur pada bangunan tersebut. sbb kan bangunan kita berada di bahagian paling atas tanah.

tapi, ini hanyalah satu risiko sahaja. boleh jd dia akan effect bangunan kita atau tidak. tapi, kenapa tidak ambil langkah berhati2 kan? tak rugi mana pun nak bersih kan kawasan pembinaan sebelum timbun tanah/pasir. cost dia pun taklah sampai beribu2. paling pun RM300 utk sewa tractor seharian. seperti pepatah inggeris, "penny wise, pound foolish".

Batu, kaca boleh berada di bawah timbunan. kerana mereka tidak boleh dilupuskan. tp kalau nak cantik, kemas kan je semua. baru sedap buat kerja :-)

Thursday, April 7, 2011

#1

Projek #1: 1 Unit Bungalow, Satu tingkat, Salor, Kelantan.

Aktiviti:
3 orang ikat batu-bata. dinding Bed_Room#1, Bed_Room#3.
1 orang pasang formwork roof beam (bilik belakang).
1 orang buka formwork roof beam (Master_Bedroom, Porch_Depan).
1 lori batu-bata datang (2000 bricks). harga: RM460 -- diceritanya oleh pemandu lori itu, sekitar Pasir Mas, susah utk mendapatkan pasir (mungkin kerana sebulan lepas hujan tak henti2).

Wednesday, April 6, 2011

Pembukaan

Di sini, aku akan menceritakan tentang pengembaraan aku sepanjang menjaga projek-projek pembinaan (dan sebagainya). Aku yang tidak berpendidikan tentang pembinaan akan cuba sebaiknya untuk memperolehi ilmu melalui pengalaman dan theory (baik dari orang yg berpengalaman atau buku/internet).

AMARAN:
Penggunaan bahasa/istilah di dalam cerita-cerita sini adalah berkemungkinan sangat tidak berkesesuaian dgn terma nya tersendiri. Kebanyakkan istilah akan hanya difaham oleh penceritanya sendiri. Harap maaf atas kesulitan ini.