Sunday, April 10, 2011

#4

Projek: 1 Unit Bungalow 1 tingkat, Nilam Puri, Kelantan.

Perkerja:
1 tukang potong rumput.

Aktiviti:
Kemas tapak - Potong rumput, alihkan sampah2 utk timbun pasir.

Material yg tidak boleh berada di bawah timbunan pasir:
1. kayu
2. plastik
3. kertas/sampah sarap/rumput2

Kenapa material2 ni tidak boleh berada di dalam timbunan tanah/pasir?
Bila material2 ni berada di dalam timbunan tanah/pasir, dia akan menjadikan 1 layer utk "belum lupus" lagi. ia akan menjadi seperti gambar rajah di bawah.



pada masa dia dah lupus (mungkin 10 tahun atau bila2), dia akan berlaku pemendapan. bayangkan kalau layer "sampah" tu dah jd hancur. pasti dia tidak kuat utk menampung beban di layer atas. jd segala kat atas tu, akan mendap ke bawah. di sini, boleh terjadi mcm2 perkara. antara kesannya, keretakan struktur pada bangunan tersebut. sbb kan bangunan kita berada di bahagian paling atas tanah.

tapi, ini hanyalah satu risiko sahaja. boleh jd dia akan effect bangunan kita atau tidak. tapi, kenapa tidak ambil langkah berhati2 kan? tak rugi mana pun nak bersih kan kawasan pembinaan sebelum timbun tanah/pasir. cost dia pun taklah sampai beribu2. paling pun RM300 utk sewa tractor seharian. seperti pepatah inggeris, "penny wise, pound foolish".

Batu, kaca boleh berada di bawah timbunan. kerana mereka tidak boleh dilupuskan. tp kalau nak cantik, kemas kan je semua. baru sedap buat kerja :-)

No comments:

Post a Comment